tag:blogger.com,1999:blog-43558470127215730632024-03-13T10:22:05.477-07:00Blog Ustazah Siti EshahSelamat datang ke www.sitieshahpjj.blogspot.comSiti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-84709389927893447532011-10-23T19:54:00.000-07:002011-10-23T19:54:15.242-07:00Berwuduk & TujuannyaUntuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

Sembahyang-sembahyang sunat.

Thawaf di Baitullah.

Menyembahyangkan mayat.

Sujud tilawah atau sujud syukur.

Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-53920105666186665682011-10-23T19:52:00.000-07:002011-10-23T19:52:33.938-07:00Rukun-rukun WudukRukun wuduk itu ada enam perkara:-

Niat:

bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

Membasuh muka

Membasuh kedua tangan hingga ke siku

Menyapu air di kepala

Membasuh kedua kaki

Tertib

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-58758770523071027162011-10-23T19:49:00.000-07:002011-10-23T19:49:09.448-07:00Syarat-syarat sah Wuduk Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)

Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.

Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).

Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.

Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-16397338513896288752011-10-23T19:47:00.000-07:002011-11-03T19:17:32.329-07:00Cara-cara berwuduk (berserta video Animasi)Berikut adalah cara-cara berwuduk (berserta video Animasi).

(a) Perkara wajib wudhu':

1. Berkumur2 (المضمضة) dan masukkan air kedalam hidung (الاستنشاق) *khilaf ulama' - ada yang mengatakan ia adalah sunat

2. Membasuh muka keseluruhannya sekali.

3. Membasuh tangan sampai ke siku satu kali

4. Membasuh kepala termasuklah telinga sekali

5. Membasuh kaki sehingga ke buku lali sekali.

6. Perkara diatas ini hendaklah dilakukan secara tertib.

7. Ia hendaklah dilakukan berterusan; maknanya tidak terdapat jarak yang panjang diantara sesuatu perbuatan.

(b) Perkara sunat didalam wudhu'

1. Membaca Bismillah

2. Membasuh tangan 3X

3. Berkumur-kumur 3X, dan juga memasukkan air kedalam hidung 3X.

4. Membasuh muka 3X, termasuklah janggut.

5. Membasuh tangan sampai ke siku 3X

6. Membasuh kaki sampai ke buku lali 3X

Membaca do'a selepas wudhu' :-

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله

transliterasi - “Ashhadu an laa ilaaha ill-Allaah wahdahu laa shareeka lah, wa ashhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasooluhu

maksudnya - "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak mensyirikkannya, dan Aku naik saksi bahawa Muhammad hambanya dan Rasulnya"

Mari Lihat Video Animasi cara-cara berwuduk:

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-5610636584953058682011-10-23T19:45:00.000-07:002011-10-23T19:45:29.738-07:00Perkara yang makruh ketika berwudukTerdapat banyak perkara yang makruh dilakukan ketika berwuduk antaranya adalah seperti berikut:-

Berwuduk ditempat yang terdapatnya najis, kerana bimbang adanya kesan najis di sekitar tempat itu atau tercecernya najis di kawasan itu.

Mengulangi basuhan anggota wuduk lebih dari tiga (3) kali. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: "Berwuduklah tiga (3) kali. Dan Nabi s.a.w bersabda bermaksud: Sesiapa yang melakukan lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan aniaya dan zalim". (Hadis an-Nasa'i Ahmad dan Ibnu Majah)

Berlebih-lebihan menggunakan air semasa membasuh anggota wuduk, kerana Rasulullah s.a.w berwuduk hanya dengan menggunakan air sebanyak satu mud (cupak) sahaja. Sesungguhnya berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara itu adalah dilarang.

Meninggalkan perkara-perkara sunat semasa berwuduk atau melakukan lebih dari yang disunatkan, kerana dengan meninggalkan perkara-perkara sunat ketika berwuduk itu bermakna hilanglah pahala-pahalanya.

Berwuduk dengan sisa air bersuci kaum wanita, kerana Rasulullah s.a.w melarang dari perbuatan sedemikian.

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4355847012721573063.post-44158550858183846482011-10-16T17:39:00.001-07:002011-10-23T19:41:14.782-07:00Perkara yang membatalkan wuduk.Enam perkara membatalkan wuduk:-

Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.

Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.

Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.

Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.

Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).

Murtad.

Siti Eshahhttp://www.blogger.com/profile/08621579997776333927noreply@blogger.com0