- Berwuduk ditempat yang terdapatnya najis, kerana bimbang adanya kesan najis di sekitar tempat itu atau tercecernya najis di kawasan itu.
- Mengulangi basuhan anggota wuduk lebih dari tiga (3) kali. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: "Berwuduklah tiga (3) kali. Dan Nabi s.a.w bersabda bermaksud: Sesiapa yang melakukan lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan aniaya dan zalim". (Hadis an-Nasa'i Ahmad dan Ibnu Majah)
- Berlebih-lebihan menggunakan air semasa membasuh anggota wuduk, kerana Rasulullah s.a.w berwuduk hanya dengan menggunakan air sebanyak satu mud (cupak) sahaja. Sesungguhnya berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara itu adalah dilarang.
- Meninggalkan perkara-perkara sunat semasa berwuduk atau melakukan lebih dari yang disunatkan, kerana dengan meninggalkan perkara-perkara sunat ketika berwuduk itu bermakna hilanglah pahala-pahalanya.
- Berwuduk dengan sisa air bersuci kaum wanita, kerana Rasulullah s.a.w melarang dari perbuatan sedemikian.
TOPIK PENGAJARAN: BERWUDUK
.
Ahad, 23 Oktober 2011
Perkara yang makruh ketika berwuduk
Terdapat banyak perkara yang makruh dilakukan ketika berwuduk antaranya adalah seperti berikut:-
0 ulasan:
Catat Ulasan